Sunday, February 22, 2009

Aku, Sahabat & Prague 3

Mentari pagi menjelma,
Hari kedua membuka cerita...

Telur,roti,
Cereal,salad,keju,
Jus oren, teh & kopi,
Sarapan pagi pembekal tenaga...

Florenc,
Destinasi pertama,
Tiket2 bas ke Vienna dibeli,
5.00pm waktu berlepas...


12.00pm,
Tunjuknya jarum jam,
Masih tersesat di Namesti Republiky,
Mencari Prašná brána,
Sebuah menara klasik...

Dengan sehelai peta,
Dengan kepakaran Faizul berbahasa,
Prašná brána akhirnya didepan mata...




Prašná brána,
The Gothic Powder Tower,
Sejak abad ke-18,
Serbuk api disimpan disini,
Juga laluan memasuki bandar,
Oleh bakal Raja2 Bohemia pada majlis pertabalan,
Sejarah zaman pertengahan Republik Czech...

Peta diteliti lagi,
Dicari kedudukan Staroměstské náměstí...

aku & patung feminine


fareez & patung maskulin

Kristal Bohemia,
Pelbagai bentuk & warna,
Melambangkan era kegemilangan Raja2 Bohemia,
Cenderahati utk ibuku tercinta di tanah air...





Staroměstské náměstí,
Old Town Square,
Berdirilah ditengah-tengahnya,
Pražský orloj,
Pomník Jana Husa,
Kostel Panny Marie před Týnem,
1 monumen & 2 struktur besar tesergam indah...

Pomník Jana Husa,
Jan Hus Monument,
Patung seorang Reformist Czech,
2 kumpulan orang & seorang ibu muda,
Melambangkan kelahiran semula negara...





Pražský orloj,
Prague Astronomical Clock,
Kegunaan para pengkaji angkasa dahulu kala,
Tidakku mengerti cara membaca waktunya...



Kostel Panny Marie před Týnem,
Church of Our Lady before Týn,
Gereja utama sejak abad ke-14,
Ketinggian menaranya mencecah 80meter...


Tanpa disengajakan,
Hard Rock Cafe Prague dijumpai,
Clara, promoter yg berjaya & menawan,
Kenangan terindah buat Hazzeeq & Faizul...



4.00pm,
Tibanya kembali di hotel,
Barang2 dikemaskan,
Mengisi perut lagi sekali sblm bertolak...

Sedang mereka menikmati juadah,
Masa bergerak pantas,
Tanpa disedari zon bahaya tiba,
4.40pm waktunya,
Lagi 20minit...

Edisi kekalutan bermula,
Terasa seperti dlm perlumbaan The Amazing Race,
Berlari & terus berlari,
Next pit stop, Florenc,
Masa terus berdetik,
Adakah Vienna sekadar mimpi?...

-bersambung-

2 comments:

afiqawe said...

Salam

Nazer pun ada blog...

Tp pelik, kenapa semua sgt2 bercerita ttg Prague ni?

Huhuhu...
Ni nak kena gi ni nx time =)

nazer@mubean said...

salam
yupp, ad jugak..
hehe..sbb sronok kot 1st year da gi europe..tmbh tatau nk cter ap dah..

yepp, one of d place that should be travelled for about 3 days..

not more yea..hehe