Dari Yellow Line ke Green Line,
Dari Metro Line B ke Metro Line A,
Dari Invalidovna ke Malostranska…
Malostranska,
Ertinya Lesser Quarter,
Tempat berdiri megahnya sebuah istana,
Istana terbesar di dunia, Istana Prague,
Pražský hrad...
Istana Prague,
Pertama kali memandangnya,
Membuatku terpegun,
Walau beratus tahun umurnya,
Tetap teguh memukau mata dunia...



St. Vitus Cathedral,
Ditengah-tengah istana kedudukannya,
Ditampilkan unsur gothic pada strukturnya,
Disinilah bersemadinya Raja-raja Bohemian,
Para pemerintah tanah Czech suatu ketika dahulu...








Langit mula menjadi kelabu,
Namun, nafsu meneroka belum padam,
Peta diteliti,
Dicari kedudukan Bukit Petrin,
Menara Pemerhati menanti 6 peneroka disana...
Perjalanan mendaki bukit dimulakan,
Dicari-cari kelibat Menara Pemerhati,
Akhirnya sampai di persimpangan 2 jalan...
Ke kiri,
Jalan yg dipenuhi salju2,
Jalan yg menjanjikan halangan2 mencabar,
Jalan yg membawa kepada bahaya...
Ke hadapan,
Jalan kosong,
Jalan singkat,
Jalan yg menjanjikan kebahagiaan...
6 peneroka tidak kenal erti takut,
Dipilih mereka jalan kiri,
Jalan yg akan mereka lalui buat pertama & terakhir kali,
Demi menjejakkan kaki ke Menara Pemerhati,
Malam tiba pantas,
Tatkala baru sahaja berada dikaki Menara Pemerhati..
perjalanan yg pnuh halangan!!
Menara Pemerhati,
Ketinggian Bukit Petrin menjadikkannya setinggi Menara Eiffel...

Mulutku terkumat-kamit,
Kakiku menggigil2,
Mataku tidak sesekali melihat kebawah,
Hasilnya 299 anak tangga menara berjaya dilepasi,
Fobiaku akan ketinggian berjaya ditewaskan...
Maha Suci Allah,
Pemandangan Prague dari menara menggamit mata,
Cahaya2 kuning menghidupkan suasana malam Prague,
Mencantikkan lagi keindahan Istana Prague...

Lapar,
Itu sahaja yg bermain difikiran,
Maaf para sahabat kerana tidak memboikot,
Bukan tidak mahu, namun terpaksa,
Fillet o’fish pengisi perut demi meneruskan perjalanan...
Awan malam tiba2 menangis,
Menyejukkan lagi bayu kota romantik ini,
Disetiap pelusuk bangunan, tanda ‘ Haunted House‘ dicari,
Diriku sekali lagi tercabar...
'Haunted house‘ dimasuki,
Masuk dengan ketakutan,
Keluar dengan gelak tawa yg lebih menakutkan,
Takkan menangis adikku jika memasukinya...


Jejak kasih,
Atas nama cinta,
Dari tempat yg tidakku ketahui di Republik Czech,
Datangnya seorang kakak utk bertemu seorang adik di ibukota,
Pengorbanan seorang kakak,
Faizul gembira tidak terkata...
Sebelum bertandang ke rumah rakyat Malaysia,
Tancici Dum terlebih dahulu dicari,
Dikenali umum sebagai The Dancing House,
Struktur bangunannya yg seakan-akan sedang menari,
Menjadikkannya salah satu struktur bangunan yg pelik didunia,
Namun, malam yg kelam menenggelamkan lentik tubuh Tancici Dum...

Tatkala menjejakkan kaki ke rumah rakyat Malaysia,
Yg dihuni sepenuhnya oleh kaum hawa Tahun Kedua Jurusan Perubatan yg cantik2,
Cemburu seketika melihat keselesaan rumah mereka yg tidak seperti di Moscow...
Dituntut ilmu ‚Art of Travelling‘ disana,
Tips2 utk ke Vienna dikongsi bersama,
Sambil perut diisi kentang goreng & jus yg sedap,
Masa berkenalan dgn kakak2 disini tidak dilepaskan peluang...


Semoga berjumpa lagi menjadi harapan,
Hotel dituju,
Katil empuk memanggil,
Hari pertama berakhir dengan kegembiraan walau kepenatan,
Tidak sabar menunggu cahaya pagi hari kedua...
-bersambung-
2 comments:
hoho... besh2!
bast gile korunk!
Post a Comment