Sunday, March 1, 2009

Ayah & Hot Chocolate


Pada suatu hujung minggu, datangnya 5 orang anak mengunjungi Ayah mereka di kampung yang telah lama bersara yang selalu dijadikan inspirasi & idola buat mereka.

Uban yg memutihi rambut Ayah, mata yg semakin hari semakin menjadi kabur, kedut2 tua yg menandakan usianya yg semakin lanjut sedikit pun tidak memadam senyuman ikhlas & kegembiraan seorang Ayah daripada raut wajahnya melihat anak2nya yg sudah berjaya.

Maka timbullah perbualan diantara mereka disusuli rintihan2 tentang tekanan yg dihadapi dalam kerja, hidup & hubungan.

Ayah diam seketika, lalu menawarkan kepada anak2nya Hot Chocolate. Ayah masuk ke dapur & kembali dengan satu jag Hot Chocolate dan beberapa gelas. Setengah gelas diperbuat daripada plastik, kaca, Kristal, setengah kosong tidak bercorak, setengah mahal, setengah cantik dengan pelbagai warna. Ayah kemudian menjemput anak2nya untuk minum Hot Chocolate tersebut.

Setelah kesemuanya memegang segelas seorang Hot Chocolate, Ayah membuka mulutnya & berkata;

“Anak2 perasan atau tidak semua gelas yg cantik, mahal diambil, meninggalkan yg kosong & murah tidak sedikit pun disentuh”

“Susah menjadi kebiasaan kepada anak2 untuk mahu yg terbaik untuk diri sendiri, tetapi tanpa kamu sedari disitulah segala punca masalah2 & tekanan2 kamu bermula”

“Hot Chocolate yg kamu minum dari gelas2 tersebut sedikit pun tidak menambahkan kualitinya. Kadang2 menyembunyikan apa yg kita minum”

“Apa yang kamu hendak sebenarnya adalah Hot Chocolate. Kamu tidak mahu gelas…tapi, sebaliknya kamu memilih gelas yg terbaik”

“Dan kemudian, kamu mula melemparkan pandangan kepada gelas orang lain”

“Anak2ku, cuba kamu bayangkan, hidup diibaratkan seperti Hot Chocolate…kerja, wang & kedudukan kamu dalam suatu organisasi adalah gelas”

“Gelas hanya seperti alat2 untuk menampung kehidupan. Gelas yg kamu punyai tidak mendefinasikan, malah tidak mengubah, kualiti hidup yg sedang kamu tempuhi”

“Kadang2, dengan hanya menumpukan perhatian kepada gelas, kita gagal untuk menikmati Hot Chocolate yg Allah SWT berikan kepada kita”

“Ingatlah, Allah SWT sentiasa memberi rezeki yg terbaik utk kita dalam hidup. Kamu perlu sentiasa bersyukur dengan segala pemberian-Nya”

“Orang yg paling bahagia tidak mempunyai segala yg terbaik dalam dunia ini, mereka hanya melakukan & menciptakan perkara yg terbaik dari segala yg mereka punyai dlm dunia ini”

*diinspirasikan daripada kisah yg diceritakan oleh seorang Ayah

p/s: Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita...bersyukurlah atas segala kurniaan-Nya..

5 comments:

Pisey said...

nice post la dek^^

Amir said...

woi, xlogik la ayah yg dah tua buat hot chocolate, cuba ler buat kopi O o apa2 minuman logik cam kopi tongkat ali...

nazer@mubean said...

hahaha..
biaq laa..dah ayah tu ske Hot Choc..
nak wat cmne..hehehe..
kelainan laa sket..

Amir said...

ayah dia beli mesin hot chocolate maker pakai duit pencen ATM tu... cita2 sblm mati...
da kelainan cawan2 tu, cawan plastik da kulat kat bawah tu, kesan chocolate terkumpul...

Syaheeda said...

amir, ayah zaman moden aa.
xmen ah coffee2 dah. hahahaha :D