Dikala kesejukan malam menyengat tubuh,
Hujan memori tentang adik2 turun membasahiku,
Riuh rendah suaramu sayup kedengaran,
Ilusi mata mencipta bayangan dirimu...

Muhammad Asy-Syahiid,
5 tahun perbezaan umur bukan penghalang,
Engkau adik & teman baikku dlm keluarga,
Banyak perkara kita lakukan bersama,
Masihkah engkau ingat,
Dahulu sebelum tidur setiap malam,
Dirimu menggaru belakangku,
Dan diriku menggaru belakangmu,
Sehingga kedua2nya tersungkur...
Zaman PSone & PS2 kita lalui bersama,
Hampir setiap game kita main bersama,
Kadang2 diriku menang,
Bangga seketika,
Kadang2 diriku tewas,
Engkau mnjadi mangsa...
Nadia Syahidah,
Adik perempuan pertama,
Sentiasa berhias diri,
Bak Miss Universe keluarga ini,
Merah jambu warna temamu,
Si manja dalam keluarga...
Kerajinanmu mengalahkanku,
Otak geliga anugerah untukmu,
Gunakanlah sebaik mungkin,
Agar kelak engkau menggapai berjuta kejayaan...
Damia Salsabila,
Si kecil yg pemalu,
Jambu dalam keluarga,
Gelagatmu menghibur hati,
Lengkap keluarga dengan kehadiranmu...
Kadang2 hati kecil ini tertanya2,
Bagaimana adik2 sekalian disana...
"Eid, apa DVD baru kat rumah?"
"Nadia, macam mana belajar skrg?"
"Damia, dah tumbuh gigi baru ke belum?"
Maafkan abang,
Kerana sering memarahi dirimu,
Kerana sering berjauhan dari dirimu,
Kerana tidak menjadi seorang abang yg baik...
Engkau bagaikan permata,
Yang amat bernilai harganya,
Diriku teramat bangga memiliki adik sepertimu...
.....
"11th March 2009, Selamat Harijadi yg ke-14 buat Eid!! Belajar rajin2, jgn kuat main game!!"
4 comments:
:)
waaa..jiwang giler..huhuhu
eid dh pndai bgya ek skrg..dulu aku tgk slambe jer..bgus2!!
wat eid:nnti cri mkwe yg comel cm abg mu ni
haha..sudah pndai daa!
suka baju ketat2..
n baju kemeja! hahaha
uit.. abg mithali nih.. ~tqah mamat~ ^_^
Post a Comment