Sunday, March 15, 2009

Aku & Bola Sepak


"Jom ikut Baba pergi stadium"


Sering ayahku ungkapkan,
Melihat pasukan Kelantan berentap,
Dalam lautan penyokong berbaju merah,
Aku & abang bersorak gembira...

Ayahku disana,
Disamping para jurulatih,
Doktor pasukan bola sepak Kelantan,
Suatu ketika dahulu...

...

"Come on Nazer, let's play football!"

Kawan2ku berbangsa asing memanggilku,
Didalam dewan kecil,
Kerusi dijadikan tiang gol,
Gelak tawa kanak2 berbagai kaum menyeri suasana,
Kenangan masa lalu di bumi Ratu Elizabeth...

...

"Nok maen bola dop? 20sen sorg utk 1 pskn"

Rakan2 sekampung menjemputku,
Selipar2 sebagai gol,
Berlari kesini kesana berkaki ayam,
Kini lalang2 melenyapkan padang itu,
Hanya tinggal memori indah...

...

"Lari2, cikgu dtg!!"

Berlari2 ke bilik,
Berpura2 tidur,
Walau satu badan habis berpeluh,
Aktiviti biasa di MRSM,
Tatkala malam hujung minggu tiba,
Baldi sebagai gol,
Ampaian sebagai medan permainan...

Tingkap pecah, suatu kebiasaan,
Semakin hari semakin kurang tingkap asrama,
Baldi pecah, suatu kebiasaan,
Kerana baldi form lain mnjadi mangsa...


...

"Futsal jom!!Hari ni lawan ZKP!"

Masih seperti dahulu,
Menang, kalah & seri,
Tidak jemuku bermain,
Keseronokan buat diri ini...

Aku,
Tidak seperti Christiano Ronaldo,
Tidak seperti Andrei Arshavin,
Tidak seperti Fernando Torres,
Tidak seperti Indra Putra Mahyuddin...

Aku,
Orang biasa,
Tidak mmpunyai apa2 kelebihan,
Bermain kerana gembira,
Kerana minat yg teramat...

Tiada yg mampu memisahkan,
Dahulu, kini & selamanya,
Aku & Bola sepak...

p/s: Manutd kalah 1-4 ngan lvpool! Arsenal mng 4-0 ngan blackburn, arshavin skor!! n lawan ZKP td seri 1-1~ a deserved result for both 1st year teams..best2!~

No comments: