Celik pejam,
4 bulan berlalu,
Waktuku berada di bumi Russia...
Celik pejam,
Celik pejam,
20 minggu berlalu,
Tirai semester 2 kini dibuka...
Tiada lagi Biorganic Chemistry,
Tiada lagi buku biru & merah jambu,
Tiada lagi suara Olga kedengaran,
Tiada lagi kekalutan pada pagi Jumaat...
Biology, General Chemistry, Physics
Subjek sains kembali lagi..
Bahasa Russia,
'Da' & 'Nyet',
Pakar sekali diungkapkan,
Tetapi,usah ditanya perkataan lain,
Diam tandanya keliru...
Bahasa Latin,
Masculinum, Femininum, Neutrum,
Begitu bahagia murid Yuri...
Anatomy,
Murid Svetlana bersantai,
Murid Lydia tertekan,
'Pending!' tidak jemu didengari...
Histology,
Subjek baru semester 2,
Siapa Prof?
'Best!', 'Bolehla' atau 'Tiada Komen',
Nasib setiap kelas dinanti-nanti...
Semester 2,
Bermulanya kisah baru...
Tahun Pertama,
Jurusan perubatan,
Perjalanan masih panjang...
Aku, Semester 2 & Tahun Pertama~

No comments:
Post a Comment