Arena pertempuran dunia maya bermula,
Itulah arena DotA,
Dadah maya yang merbahaya..
*klik* *klik* *klik*
Bunyi tetikus yang tidak henti2,
Menjadi peneman setia para pahlawan DotA..
Hazzeeq,
Pahlawan DotA yang terbilang,
Sentiasa mengkaji kelemahan & kekuatan,
Pahlawan yang sedang meningkat namanya..
Nabil,
Pahlawan yang bangkit menyahut cabaran,
Menambahkan populasi pahlawan2 DotA,
Menghangatkan lagi arena DotA..
Faizul,
Siapa tidak kenal pahlawan ini?
Pahlawan yg bertopengkan nama wanita,
Yang tidak boleh diragui kehandalan & kelicikannya..
Nadhir,
Kedatangannya sahaja mampu membangkitkan semangat juang,
Pahlawan veteran berpengalaman yg digeruni..
Mus'ab,
Pernah suatu ketika menjadi sifuku,
Tidak mengenal erti putus asa,
Dengannya, kubu lawan berjaya ditawan..
Neils,
Pahlawan baru yg bukan calang2 orangnya,
Kini meningkat naik menempah nama,
Hanya masa yg mnjadi pengukur..

.....
*tup* *tap* "GOAL!!"
Fifa 09,
Petang & malam kedengaran suara para pengulas yg tidak henti2,
Dadah Maya yg memikat Faizam & Esmat,
Para pengurus pasukan yg berkaliber,
Yang tidak henti mengatur taktik mengalahkan lawan...

.....
Dan aku,
Dengan dadah maya klasik,
Mengembalikan era kegemilangan PlayStationX,
Final Fantasy 7...
Pagi, petang & malam diredahi,
Demi meningkatkan kekuatan,
Demi mengharungi perjalanan yg masih jauh,
Demi mengakhiri dadah maya klasik ini,
Fantasi Terakhir 7....

.....
Beginilah para penghuni Pushkin,
Tatkala musim cuti winter masih berjalan,
Aku, Sahabat & Dadah Maya...
p/s : Diinspirasikan drpd blog Amir Nizhny..Credits to him..
1 comment:
aku?????
Post a Comment